Posts

Coretan hati ☔️

Allah, saat ini terlalu lemah diri ini ku rasakan. Tertanya tanya mengapa begitu berat ujian yang menimpa. Allah, hambamu ini sudah terlalu lemah, tak tertanggung rasanya untuk melalui semua ini. Andai pelangi itu ada selepas hujan mengapa masih tak kunjung tiba. Ya Allah, khilafnya diri ini 🥺 Andai jodoh ku cerminn diriku, maka bantu lah aku untuk menjadi hamba Mu yang terbaik. Andai jodohku ini asbab untuk dosa silam ku terhapus, Kau berilah aku kekuatan.  Sakit dengan setiap yang dilakukan. Tiada kejujuran, tidak pernah sekali mencuba untuk berterus terang. 5 tahun perjalanan masih sama. Tidak pernah cuba untuk berubah.  Ya Allah, beriku jalan, kekuatan untuk semua ini. Beri petunjuk apa yang terbaik buatku. Jangan biarkan aku berputus asa 🥺 innallahma’na. Im crying